Monthly Archives: April 2013

Baju Kurung Cotton design baru akan mula dijual hari ini atau esok!

Salam uols,

How’s your Sunday!

GiiGeez nak bagitau ni, Insya Allah baju kurung Pahang  / Pesak Gantung Cotton design baru akan mula diupload, dipromosi dan dijual hari ini. Paling lewat pun esok Insya Allah kalau tak ada aral menghalang.

Tunggu next announcement dari kami ya! Selamat berhujung Minggu!

Tips Penjagaan Kain Cotton

Salam uols,

How is your Friday? Mudahan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih lebih lebih baik pula dari hari ini.

Kali ini kami nak kongsi sedikit tips penjagaan kain cotton dan kurung cotton, jangan risau, kain cotton agak mudah dijaga berbanding kain material lain, cuma perlukan penjagaan asas sahaja.

1. Nak basuh kain cotton? Mudah saja, gunakan sabun detergent yg lembut. Basuhan tangan adalah pilihan terbaik, tetapi kalau nak basuh menggunakan mesin basuh pun boleh,tetapi pastikan air yang digunakan bukan warm water.

2. Jika anda membasuh kurung cotton, pastikan baju kurung anda diterbalikkan inside-out, terutamanya jika anda membasuh kurung cotton bermanik. Lebih baik lagi jika anda meletakkan kurung cotton anda di dalam washing net untuk basuhan mesin basuh.

3. Apabila menjemur kain atau kurung cotton, pastikan anda menjemur di bawah tempat yang teduh. Ini kerana cahaya matahari boleh menyebabkan warna kain menjadi pudar dan kusam.

4. Setelah kering, sebaik-baiknya kurung cotton anda digantung pada penyangkut baju. Ini akan memastikan kurang kedutan pada baju (dan lagi senang nak belek pilih kalau pagi-pagi nak pergi kerja eheheh)

5. Kain cotton memang yang jenis mudah diseterika, cuma perlu letakkan seterika pada setting low atau medium.

Ok itu saja untuk kali ini. Kalau anda ada lagi tips untuk dikongsi, share bersama-sama kami dan semua kipas-susah-mati (die-hard-fan) kain cotton di sini ya! Tata!

More! Exclusive Baju Kurung Bermanik! Stok terhad!!

Salam uols,

Selamat pagi Jumaat yang penuh keberkatan.

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita hari ini. Minggu ini penuh cabaran buat kami, dalam sibuk berhubung dengan anda, talian telefon kami bermasalah pula. Risau dibuatnya, takut-takut anda cuba hubungi kami. Akhirnya semalam talian kami sudah pulih sepenuhnya.

Kali ini kami paparkan lagi lagi lagi design exclusive baju kurung bermanik untuk pilihan anda. Design kali ini sangat cantik, material nya sejuk dan selesa dipakai. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab ni, sesuai sangat utk anda tak kira bekerja di pejabat, atau guru sekolah, atau suri rumah. Sesuai untuk semua majlis formal, tak formal, pergi shopping, pergi kenduri kahwin…

Ok kami paparkan design kali ini ya. Stok agak terhad ya, hubungi kami di SINI untuk memudahkan tempahan! Jemput masuk!

Size XXL
Size XXL
Size S
Size S
Size XS
Size XS
Size XL
Size XL
Size M, XL
Size M, XL
Size XL
Size XL
Size S, XL
Size S, XL
Size M, L, XL
Size M, L, XL
Size XL
Size XL
Size L, XXL
Size L, XXL
Size L
Size L
Size XL
Size XL
Size L
Size L
Size S
Size S
Size XXL
Size XXL
Size XXL
Size XXL
Size XL
Size XL
Size L, XL
Size L, XL

Pemberitahuan

Salam kepada semua pengunjung GiiGeez Apparel.

Kami memohon maaf sekiranya anda tidak dapat menghubungi kami di talian 012-5082021 sepjg hari ini. Talian kami dlm proses penukaran service provider dan mengalami sedikit masalah teknikal yg menghalang talian ini untuk dihubungi.

Kami masih lagi beroperasi seperti biasa dan boleh dihubungi di email atau Facebook page kami www.facebook.com/GiiGeez.Apparel .

Kami akan memaklumkan seberapa segera setelah talian kami pulih seperti biasa.

Segala kesulitan amat dikesali. Your patience and continuous support is highly appreciated. TQ!

Tips pemakaian Peplum Kurung

Salam uols!

Design peplum mmg menjadi rebutan ramai sekarang ni dan ramai yang bertanya “Sesuai ke saya pakai peplum?” Selalu kite dengar “Saya rendah / tinggi kurus / body saya hour glass / saya pregnant / saya boroi eh  (^_^) , seswai ke ai?”

Di sini GiiGeez Apparel nak share sedikit tips utk pemakaian peplum kurung ya!

1. Sebenarnye peplum kurung sesuai dgn semua bentuk badan. Kenapa ya?

2. Utk yg berisi sedikit, pilihlah peplum kurung yg labuh hingga ke paras punggung. Elakkan memilih peplum yg labuh bajunya smpi lutut kerana boleh menyebabkan anda nampak terlalu rendah dan berisi le pula. Elakkan juga peplum yg penuh dgn bunga besar / corak besar / etc. Pilihlah warna-warna yg sedikit gelap utk memberikan ilusi bentuk badan yang langsing gitu.

3. Utk yg bertubuh langsing, anda boleh menggayakan semua jenis peplum kurung, dan lebih baik lagi kalau pilih peplum yg berwarna ceria, kerana warna gelap boleh menyebabkan anda nampak terlampau kurus pula.

4. Jika anda mempunyai tubuh badan saiz sederhana ( tak  langsing tapi tak berisi),  elakkan peplum yg terlalu “mengembang” ke tepi, nanti bentuk badan nampak pelik.

5. Peplum juga boleh digayakan ke majlis formal atau semi formal. Kalau gi pasar basah…aa cam tak seswai je..hehehe

6. Oh ya, ibu mengandung pun boleh memakai kurung peplum ni kerana design bajunya yang beralun-alun menambahkan kecomelan preggy mommies!

Anda pun boleh share sama tips pemakaian di sini ya!

Ok dah baca tips, boleh la jenguk2 dan pilih mana satu Peplum QaiSaRa idaman hati!

Jumpa lagi ya!