Category Archives: Beautiful Kain Cotton Berkaki

Tips Penjagaan Kain Cotton

Salam uols,

How is your Friday? Mudahan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih lebih lebih baik pula dari hari ini.

Kali ini kami nak kongsi sedikit tips penjagaan kain cotton dan kurung cotton, jangan risau, kain cotton agak mudah dijaga berbanding kain material lain, cuma perlukan penjagaan asas sahaja.

1. Nak basuh kain cotton? Mudah saja, gunakan sabun detergent yg lembut. Basuhan tangan adalah pilihan terbaik, tetapi kalau nak basuh menggunakan mesin basuh pun boleh,tetapi pastikan air yang digunakan bukan warm water.

2. Jika anda membasuh kurung cotton, pastikan baju kurung anda diterbalikkan inside-out, terutamanya jika anda membasuh kurung cotton bermanik. Lebih baik lagi jika anda meletakkan kurung cotton anda di dalam washing net untuk basuhan mesin basuh.

3. Apabila menjemur kain atau kurung cotton, pastikan anda menjemur di bawah tempat yang teduh. Ini kerana cahaya matahari boleh menyebabkan warna kain menjadi pudar dan kusam.

4. Setelah kering, sebaik-baiknya kurung cotton anda digantung pada penyangkut baju. Ini akan memastikan kurang kedutan pada baju (dan lagi senang nak belek pilih kalau pagi-pagi nak pergi kerja eheheh)

5. Kain cotton memang yang jenis mudah diseterika, cuma perlu letakkan seterika pada setting low atau medium.

Ok itu saja untuk kali ini. Kalau anda ada lagi tips untuk dikongsi, share bersama-sama kami dan semua kipas-susah-mati (die-hard-fan) kain cotton di sini ya! Tata!