Terma dan Syarat

Di GiiGeez Apparel, kepuasan pelanggan adalah matlamat utama kami. Kami  berusaha ke arah memastikan pengalaman membeli belah di GiiGeez Apparel adalah pengalaman yang positif dan menggembirakan. Kami memastikan setiap produk kami diperiksa dengan teliti sebelum penghantaran dibuat. Sekiranya terdapat ketidakpuasan hati dalam pembelian anda, sila baca panduan berikut untuk terma dan syarat. Baca sebelum membuat pembelian.

1. Pemulangan Wang

Pastikan anda sudah memastikan anda yakin dengan produk yang anda beli seperti warna dan saiz produk. Sekiranya anda menerima produk yang bermasalah, hubungi kami dan anda boleh memulangkan produk kepada kami dalam masa 7 HARI selepas produk diterima. Kami akan memulangkan wang anda melalui akaun bank anda sekiranya didapati produk tersebut bermasalah. Pemulangan wang untuk produk bermasalah di sini TIDAK termasuk manik tercabut dan isu saiz tidak muat, pembeli perlu memastikan yakin dengan saiz yang ingin ditempah. Pastikan produk yang ingin dipulangkan dibungkus dengan kemas sebelum dipos dan masukkan nota di dalam bungkusan menyatakan masalah produk. Kos pemulangan dan penghantaran semula adalah ditanggung oleh pembeli. Kami akan menguruskan pemulangan wang dalam masa 10 HARI selepas produk yang dipulangkan diterima oleh pihak kami.

2. Penukaran saiz

Kami boleh membantu untuk penukaran saiz sekiranya stok produk dalam saiz yang ingin ditukar masih ada. Penukaran produk hanya untuk produk sama jenis contoh Kurung Bermanik hanya boleh ditukar dengan Kurung Bermanik. Sekiranya anda ingin membuat penukaran saiz, hubungi kami dan anda perlu memulangkan produk kepada kami dalam masa 7 HARI selepas produk diterima. Pastikan produk yang ingin ditukar dibungkus dengan kemas sebelum dipos dan masukkan nota di dalam bungkusan menyatakan ingin menukar saiz produk. Kos pemulangan dan penghantaran semula adalah ditanggung oleh pembeli. Kami akan menguruskan penukaran produk dalam masa 10 HARI selepas produk yang dipulangkan diterima oleh pihak kami.

3. Maklumat pembeli

Di GiiGeez Apparel, maklumat pembeli adalah sulit. Kami tidak menyewa, menjual, menukar atau menghebahkan maklumat pembeli kepada mana-mana pihak. Apabila anda membuat tempahan dengan pihak kami, kami akan menyimpan nama anda, alamat penghantaran, nombor telefon dan alamat email anda untuk tujuan pemprosesan tempahan, komunikasi dengan pembeli dan penghantaran produk kepada pembeli.

4. Cara membuat tempahan

a) Pembelian melalui www.giigeezapparel.wordpress.com KLIK  SINI . Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam untuk pengesahan tempahan, pengesahan stok dan butiran bayaran.

b) Pembelian melalui facebook fanpage www.facebook.com/GiiGeez.Apparel. PM inbox di fanpage kami atau hubungi kami (sms/call/whatsapp) 012-5082021 untuk pengesahan tempahan, pengesahan stok dan butiran bayaran.

5. Transaksi dalam Ringgit Malaysia

Kami menjalankan semua transaksi dalam Ringgit Malaysia (MYR)

6. Warna Produk

Kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan warna produk yang dipamerkan adalah sedekat mungkin dengan warna sebenar dalam cahaya alami.  Warna produk yang kami pamerkan di dalam website www.giigeezapparel.wordpress.com dan di www.facebook.com/GiiGeez.Apparel mungkin berbeza daripada warna sebenar dalam cahaya alami kerana warna yang anda lihat adalah bergantung kepada pencahayaan kamera dan monitor skrin anda.

7. Penghantaran

Rujuk “Bayaran dan Penghantaran” di www.giigeezapparel.wordpress.com.

Kami tidak menanggung sebarang kerosakan atau kehilangan produk yang mungkin berlaku semasa produk dipos kepada pembeli, iaitu selepas kami mengesahkan kepada pembeli bahawa produk sudah dipos dan no tracking bungkusan sudah diberikan kepada pembeli sama ada melalui sms, email atau akaun facebook.

Kos penghantaran adalah seperti dinyatakan dan bergantung pada produk.
a) Untuk pembelian runcit (1 – 9 pasang) produk kurung, telekung dan jubah, kos penghantaran adalah percuma.
b) Untuk pembelian runcit produk selain dalam item 7a), kos penghantaran adalah seperti dinyatakan pada blog.
c) Untuk pembelian borong mana-mana produk, kos penghantaran dikenakan berdasarkan anggaran berat produk, lokasi pembeli dan pilihan cara pengeposan iaitu sama ada melalui PosLaju Malaysia atau Pos Biasa Malaysia.

8. Terma dan Syarat ini mungkin berubah. Baca sebelum membuat pembelian.

GiiGeez Apparel berhak mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis. Pembelian anda daripada pihak kami merangkumi persetujuan anda untuk mengikuti dan mematuhi terma dan syarat yang dikenakan. Kami menggalakkan anda untuk membaca terma dan syarat ini setiap kali anda ingin membuat pembelian.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

GiiGeez Apparel, 012-5082021, giigeez.apparel@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s